Sempena “Minggu Inovasi, Teknologi dan Maklumat”  panitia ict smk engkilili telah menganjurkan pertandingan Membina Blog Panitia Matapelajaran. Pertandingan ini terbuka kepada semua panitia.

Syarat Pertandingan :

1.   Disertai oleh seorang / dua orang guru bersama dua orang pelajar.
2.   Guru hanya sebagai pemantau, penasihat dan pemberi idea kepada pelajar semasa membina blog tersebut.
3.   Guru menentukan kandungan blog, seperti sukatan matapelajaran, carta organisasi, objektif, latihan dan sebagainya.
4.   Pelajar berfungsi sebagai Pembina blog.
5.   Blog boleh dibina melalui mana-mana tapak pembinaan blog percuma yang ada di Internet (contoh : Blogger, Wordpress, Weebly, etc).
6.   Peserta hendaklah membuka akaun emel yang baru, khas untuk panitia   masing-masing sebelum membuka akaun blog. Sila serahkan alamat anda kepada pihak penganjur. Peserta tidak dibenarkan menggunakan emel peribadi.
7.   Nama dan alamat laman web (URL) peserta hendaklah berkaitan dengan panitia.


contoh penggunaan url panitia mesti mula dengan www.smke...... rujuk contoh dibawah
Contoh : panitia ICT: http://smkeict.weebly.com
Contoh : panitia BM: http://smkebm.blogspot.com
Contoh : panitia Sejarah: http://smkesejarah.wordpress.com

Jika berminat, boleh mengisi borang secara online di SINI:



Leave a Reply.